Sebarang pertanyaan mengenai latihan dan seminar, boleh hubungi terus pentadbir latihan dan seminar kami di talian 013-4324936 atau emel shahmar_5003@yahoo.com 11pagi - 6petang (Isnin - Jumaat)

Bagi sesi latihan/seminar fotografi jabatan kerajaan dan swasta, pihak kami bersedia menerima sebarang permintaan untuk menjalankan kursus / seminar ditempat anda.

27 Oktober 2010

Woksyop Fotografi Kanak-Kanak & Ibu Mengandung

KelasLittleKlik

Tarikh : 12 Disember 2010
Masa : 9.30 pagi - 4 ptg
Saiz Kelas : 10 peserta
Yuran : RM85 sahaja

Kuasai pengetahuan teknikal seni fotografi kanak-kanak dan ibu mengandung dalam masa yang amat singkat. Kemahiran yang akan memberi ruang lebar untuk anda lebih memahami seni fotografi kanak-kanak dan ibu mengandung.

Adakah anda tidak berpuas-hati dengan hasil gambar yang anda rakam?

Tentu anda ingin menyertai woksyop ini untuk menguasai tips dan teknik yang betul dalam fotografi kanak-kanak dan ibu mengandung.

Usah ragu-ragu walau anda hanya pengguna kamera kompak dan bukan DSLR. Woksyop ini akan membimbing anda menjadi lebih baik hanya dengan peralatan asas sahaja. Tidak perlukan kamera dengan lens telephoto 70-200mm, tidak juga menggunakan wide lens 10-20mm. cukup dengan apa yang anda ada.

____________________

Siapa patut hadir?
- Mereka yang telah berkeluarga dan ingin mengabadikan foto kenangan keluarga dengan cara yang betul
- Pengguna baru DSLR
- individu-individu yang ingin menjadikan seni fotografi ini sebagai hobi
- Bakal-bakal ibu dan ibu-ibu

Syarat penyertaan?
- Bukan seorang jurufoto profesional
- Cukup dengan hanya memiliki kamera digital kompak atau kamera DSLR entry-level

Persediaan sebelum hadir
- mengetahui fungsi setiap butang kamera anda
- bersedia dengan pelbagai soalan yang ingin ditanya

Lokasi woksyop
- Studio Fotografi IndahPandang, Taman Siakap, Seberang Jaya

Hubungi SHAH 012-5055003 untuk urusan tempahan dan pembayaran

TERHAD 10 PESERTA SAHAJA!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...