Sebarang pertanyaan mengenai latihan dan seminar, boleh hubungi terus pentadbir latihan dan seminar kami di talian 013-4324936 atau emel shahmar_5003@yahoo.com 11pagi - 6petang (Isnin - Jumaat)

Bagi sesi latihan/seminar fotografi jabatan kerajaan dan swasta, pihak kami bersedia menerima sebarang permintaan untuk menjalankan kursus / seminar ditempat anda.

07 November 2011

Kursus Asas Editing Photoshop | November 2011


Tarikh: 20hb November 2011
Masa : 9.30pg - 4 ptg
Yuran : RM150 sahaja
Tempat : Rumah Tetamu, USM Pulau Pinang
Hubungi : 012-5055003

Assalamualaikum dan Salam satu malaysia....

Bagi peminat fotografi ini peluang anda.Kelas ini hanya yuran serendah RM150....

Kelas terhad kepada 10 org bagi satu sesi..Anda perlu membawa komputer riba sendiri.


Modul-modul akan diajar :-

-Photoshop Menu, Tools, & Palatte
-Working with Layer
-Applying Layer Style
-Layer Blending Mode
-Color Mode & Color Enhancement Technique
-Applying Filter
-Image Retouching & Restoration
-Cloning & Super Impose Technique
-Image Setting for Commercial Printing

Kursus ini menggunakan pendekatan belajar dan lakukan. Ia akan merangkumi teknik teori sambil membuat praktikal. Anda akan diajar secara berdepan dan mampu menggunakan perisian Adobe Photoshop selepas kursus ini.

Anda boleh membuat pembayaran deposit RM 50 ke :


MAYBANK :akan diberitahu (Mohamad Ezrin Shah)


jika berminat sila hubungi
en shah : 012-5055003


Siapa patut hadir?:
- Jurufoto perkahwinan
- Jurufoto majlis rasmi
- Jurufoto potret
- Jurufoto kanak-kanak
- juru rekabentuk album
- Sesiapa sahaja yang berminat

Bagaimana untuk menyertai?:
- SMS Nama dan kod kursus ke 012-5055003
contoh:- Mohamad Khairun EDIT dan hantar ke 012-5055003
- Masukkan deposit RM50 ke akaun Maybank

Peserta diminta membawa laptop sendiri lengkap dengan perisian Adobe Photoshop.
*Bagi yang tidak mempunyai perisian, pihak kami boleh membantu anda.

*Yuran tidak akan dikembalikan sekiranya gagal hadir.
__________________________________________________________
Akademi FotoLesson menjalankan kursus dan seminar fotografi di Utara Malaysia.
Segala maklumat yang terkandung didalam blog ini adalah betul dan segala kerugian di pihak yang menggunakan segala maklumat didalam blog ini adalah tanggungjawab sendiri.

Akademi FotoLesson aktif menjalankan kursus dan bengkel-bengkel fotografi di sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Utara Perak seperti Taiping dan Parit Buntar.

15 September 2011

Apa Yang Menjadikan Jurufoto Perkahwinan Hebat?

Kelebihan menjadi jurufoto perkahwinan amat hebat, bukan sahaja dari segi kewangan atau ‘hero´dihujung minggu. Seorang jurufoto perkahwinan boleh dianggap sebagai seorang ‘artis’ dan penting bagi sesebuah komuniti.
 
Saudara bayangkan jika dunia kita tidak mempunyai seorang pun jurufoto perkahwinan. Apa yang akan terjadi?
 
Tentu semua pasangan pengantin tidak mempunyai kenangan hari bahagia mereka.
Tugas seorang jurufoto amat berat. Pasangan pengantin dan keluarga mereka telah menghabiskan berbulan-bulan untuk membuat persiapan hari perkahwinan. Pembaziran masa, wang ringgit, sudah tentu kita tidak mahu mereka menghabiskan wang ringgit mereka dengan sia-sia sahaja.
Tiada peluang kedua untuk jurufoto perkahwinan mengulang semula semua momen di majlis perkahwinan pasangan tersebut. Kredibili saudara sebagai jurufoto perlu dijaga.
 
Sebab itu, seorang jurufoto perkahwinan perlu memahirkan diri dengan pelbagai aspek fotografi supaya beliau lebih bersedia. Aspek-aspek fotografi yang perlu dititik-beratkan antaranya adalah, fotografi potret, fotografi produk, kandid dan jurufoto perkahwinan juga perlu tahu masa bila hendak mengambil gambar secara close-up, medium close-up dan wide angle.

Jurufoto yang mampu bekerja dibawah tekanan adalah jurufoto yang terbaik dan mampu menguruskan majlis perkahwinan supaya sesi fotografi tidak kelam-kabut.
Stail fotografi perkahwinan sekarang ini banyak dipengaruhi oleh magazines styles. Seorang jurufoto dari Australia, Martin Schembri, menggelar stail ini sebagai “a clean, straight look”.
 
Stail kandid menjadi satu fenomena di Malaysia. Ramai pasangan yang akan berkahwin mencari jurufoto-jurufoto yang mampu merakam gambarfoto sebegitu. Tidak dinafikan juga ada jurufoto yang tidak mampu merakam gambar kandid tetapi mengisytiharkan diri mereka juga boleh merakam gambar kandid.
Mereka mungkin betul dan mungkin salah. Mereka betul jika mereka mengambil gambar tanpa disedari oleh subjek dan dikatakan sebagai gambar kandid. Mereka mungkin salah jika gambarfoto tersebut sekadar kandid kosong yang tidak membawa apa-apa maksud atau cerita disebalik gambarfoto tersebut.
 
Skil yang tajam dapat membantu seorang jurugambar perkahwinan. Kerana seorang jurugambar perkahwinan hanya perlu melihat dan terus menekan shutter kamera mereka. Saudara tentu ingin menjadi seperti ini.
Persediaan yang awal juga perlu dititik-beratkan oleh seorang jurufoto perkahwinan yang ingin berjaya dan pergi lebih jauh lagi dalam bidang ini. Saudara tentu tidak mahu pelanggan saudara memandang rendah terhadap diri saudara. Nama baik yang saudara tonjolkan sejak pertama kali pelanggan saudara berjumpa saudara harus dijaga rapi.

Sentiasa bersedia
Seorang jurufoto perkahwinan akan melakukan sedikit ulangkaji berkenaan stail fotografi, keadaan pasaran semasa, jenis-jenis pelanggan dan permintaan pelanggan kepada fotografi perkahwinan. Persediaan dari segi mental dan fizikal amat penting kepada jurfoto perkahwinan.
Sebelum memulakan majlis, jurufoto perkahwinan yang hebat akan meneliti semula jadual perkahwinan dan agenda yang akan berlangsung. Hal ini perlu dilakukan supaya saudara tidak menjadi kelam-kabut pada hari perkahwinan berlangsung. Sekiranya ada pertukaran, pastikan pihak saudara mendapat maklumat dari pengantin terlebih dahulu.
Jurufoto yang telah sentiasa dalam keadaan bersedia tahu apa yang akan dilakukannya pada hari majlis. Setiap langkah dan setiap shutter yang ditekan memberi pulangan dalam bentuk keuntungan. Pergerakan akan dapat dioptimumkan dan peluang untuk terlepas mana-mana momen penting dapat dikurangkan.
Artikel ini dipetik dari ebook Rahsia Bisnes Fotografi Perkahwinan. Sila klik disini untuk maklumat lanjut.

__________________________________________________________
Akademi FotoLesson menjalankan kursus dan seminar fotografi di Utara Malaysia.
Segala maklumat yang terkandung didalam blog ini adalah betul dan segala kerugian di pihak yang menggunakan segala maklumat didalam blog ini adalah tanggungjawab sendiri.

Akademi FotoLesson aktif menjalankan kursus dan bengkel-bengkel fotografi di sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Utara Perak seperti Taiping dan Parit Buntar.

04 September 2011

RAW atau jpeg, mana lebih bagus?

Setiap kali saya mengajar fotografi, soalan sebegini kerap ditanya, 'apa beza shoot RAW dan jpeg?'

Bukan sekali atau dua kali saya diajukan soalan ini. Seringkali jugasaya memberikan jawapan yang sama kepada mereka yang bertanya.

RAW adalah hasil imej didalam kamera yang merakam subjek atau objek dalam kualiti asal yang ebih besar. Imej yang terhasil dianggap seperti bahan mentah yang belum diolah sepertimana daging yang baru dibeli dipasar. Untuk memasak daging tersebut, pelbagai ramuan dimasukkan seperti rempah, garam, cuka, gula atau apa sahaja perasa.

Begitu juga RAW. format yang digunakan untuk merakam imej dengan kualiti hampir 100% sepertimana yang kita lihat oleh mata kasar kita. Imej yang terhasil masih boleh dibetulkan menggunakan perisian yang disediakan oleh pengeluar kamera sebelum dijadikan ke format jpeg.

Saiz yang terhasil dalam format RAW lebih besar berbanding jpeg. Ini bermakna, imej tersebut masih boleh dilakukan editing tahap maksimum tanpa merosakkan kualiti asal imej tersebut.

Ramai jurufoto yang merakam imej menggunakan format RAW betujuan membetulkan kembali kesilapan WB, Brightness dan seumpamanya selepas imej tersebut dirakam.

Contoh perisian yang boleh memproses format RAW ialah Nikon Capture NX2, Adobe Camera Raw (ACR - sebahagian dari Adobe Creative Suite). Adobe Lightroom, Apple Aperture dan Canon Digital Photo Professional (DPP). Lain-lain perisian ialah Google Picasa, Windows Explorer, Mac Finder, Photomatix dan pelbagai lagi.

Manakala jpeg pula adalah format foto yang tersedia untuk dicetak. Seting yang telah ditetapkan tidak boleh diubah setelah imej tersebut dirakam. Saya menggemari format jpeg kerana memudahkan kerja saya. Tidak perlu melakukan kerja-kerja post-production yang banyak.

Shah
www.shahothman.com

26 Julai 2011

Kelas Rekabentuk Custom Album


Tarikh: 30hb Julai 2011
Masa : 9.30pg - 4 ptg
Yuran : RM200 sahaja
Tempat : Studio IndahPandang, Taman Siakap, Seberang Jaya
Hubungi : 013-4324936

Intipati:
- Teknik pemilihan gambar
- Teknik penyusunan gambar dengan cepat dan sempurna
- Langkah demi langkah design sebuah custom album cara pantas dan mudah
- Tips rekabentuk custom album yang sesuai
- Banyak lagi....

Extra : Anda akan diberitahu di mana anda boleh membuat tempahan custom album.

Siapa patut hadir?:
- Jurufoto perkahwinan
- Jurufoto majlis rasmi
- Jurufoto potret
- Jurufoto kanak-kanak
- juru rekabentuk album
- Sesiapa sahaja yang berminat

Bagaimana untuk menyertai?:
- SMS Nama dan kod kursus ke 013-4324936
contoh:- Mohamad Khairun Album dan hantar ke 013-4324936
- Masukkan deposit RM50 ke akaun Maybank 5071 5205 4118

Peserta diminta membawa laptop sendiri lengkap dengan perisian Adobe Photoshop.

*Yuran tidak akan dikembalikan sekiranya gagal hadir.
__________________________________________________________
Akademi FotoLesson menjalankan kursus dan seminar fotografi di Utara Malaysia.
Segala maklumat yang terkandung didalam blog ini adalah betul dan segala kerugian di pihak yang menggunakan segala maklumat didalam blog ini adalah tanggungjawab sendiri.

Akademi FotoLesson aktif menjalankan kursus dan bengkel-bengkel fotografi di sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Utara Perak seperti Taiping dan Parit Buntar.

27 Jun 2011

Kelas / seminar ditempat anda

Saya membuat tawaran kepada sesiapa sahaja yang ingin menjalankan kelas / bengkel / seminar ditempat kerja / komuniti anda. Tawaran yang amat terhad memandangkan projek bulan Julai - Ogos - September saya masih kosong.

Jika anda meminati fotografi dan ingin mempelajari fotografi secara percuma, inilah jawapannya. Atau jika anda ingin mencari duit poket lebih sedikit, ini juga jawapannya.

Anda hanya bayar yuran saya (akan saya beritahu) dan yang selebihnya, anda tentukan.

Kelas dan bengkel seelok-eloknya dalam 10 - 15 peserta. manakala seminar pula antara 30 - 50 peserta.

Tawaran terhad, sila hubungi saya 012-5055003 untuk maklumat lanjut.

__________________________________________________________
Akademi FotoLesson menjalankan kursus dan seminar fotografi di Utara Malaysia.
Segala maklumat yang terkandung didalam blog ini adalah betul dan segala kerugian di pihak yang menggunakan segala maklumat didalam blog ini adalah tanggungjawab sendiri.

Akademi FotoLesson aktif menjalankan kursus dan bengkel-bengkel fotografi di sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Utara Perak seperti Taiping dan Parit Buntar.

20 Jun 2011

Sensitiviti ISO

ISO ialah International Stardard Organisation. Ia digunakan untuk mengukur tahap kepekaan cahaya pada filem negatif atau pengesan imej.

Selain ISO, ASA (American Standard Association) juga digunakan. Tetapi ISO lebih diterima pakai diseluruh dunia.

Nilai ISO bergantung pada sesetengah kamera. Ada kamera yang mempunyai kepekaan sehingga 102400. Nilai ISO standard yang digunakan pada kamera digital ialah dari 50 sehingga 1600.

Penggunaan ISO adalah berkait rapat dengan shutter speed dan aperture.

Semakin tinggi nilai ISO, semakin peka terhadap cahaya. ISO yang tinggi akan membuatkan kelajuan shutter turut meningkat.

ISO yang tinggi akan diganggu oleh noise. Noise ialah istilah yang digunakan untuk menggambarkan gangguan yang dikehendaki pada gambarfoto. Noise kelihatan seperti bintik-bintik hitam pada gambarfoto.




16 Jun 2011

Asas Fotograi Digital Julai


DITUNDA KE 23hb JULAI 2011
Kelas asas fotografi digital 2011
(Pengisian diperbaharui)

Tarikh: 23hb Julai 2011
Tempat: Seberang Jaya, p. Pinang
Masa: 9.00 pagi - 4.00 ptg
Yuran: RM100 (harga asal RM150)

Pengisian program:
- Mengenal kamera
- Fungsi setiap 'button' di kamera
- Exposure & metering
- Manual, aperture & shutter priority mode
- White balance, focusing & colour profile
- Komposisi rules of third, point of view
- Tips pemilihan lensa yang sesuai
- Tip-tips menarik mengguna kamera DSLR
- Pelbagai lagi...

Siapa yang patut menghadiri?
- Pengguna baru DSLR
- Remaja yang meminati fotografi
- Ibu-ibu
- Bapak-bapak
- Usahawan produk
- Sesiapa sahaja yang berkenaan

Kelayakan memasuki kelas:
- Mempunyai DSLR
- Mempunyai passion dalam fotografi
- Mempunyai hobi fotografi yang kuat
- Mempunyai keazaman untuk belajar

Cara memasuki kelas:
- sms nama dan no. kad pengenalan ke 012-5055003
Contoh : ASAS Mohamad Arbain 880203025164
- Buat pembayaran deposit RM50
- sms pengesahan pembayaran ke 012-5055003

Testimonial:


Siapa cepat dia dapat. Tempat terhad kepada 5 peserta sahaja.

Hubungi 012-5055003 sekarang.

10 Jun 2011

Kelas Asas Fotografi Digital | 5 Jun 2011











Hari pertama kelas fotografi anjuran Pejabat Belia Seberang Jaya.

Shah

012-5055003

Kelas Asas Fotografi DIgital | 15 Mei 2011








Terima kasih kepada peserta semua, anda amat hebat dan berbakat. Teruskan berkarya dengan kamera DSLR anda.

Shah
012-5055003

25 April 2011

Pemasaran : Jangan Takut Meletakkan Harga

Sebenarnya, masih ramai yang takut nak meletakkan harga servis fotografi mereka. Selalu juga kita akan mendengar pelbagai alasan, "saya masih baru..." walaupun 'baru' tiga tahun.

Anda ada ilmu yang anda tuntut yang bernilai ribuan ringgit hasil dari pelaburan anda sehari-hari. Anda juga ada bakat yang tak ternilai harganya jika nak dibandingkan dengan orang lain. Kenapa anda perlu rendahkan harga servis anda?

Mungkin ada yang takut nak meletakkan satu harga untuk diri dia yang akan memotivasikan diri dia sendiri. Kenapa saya kata memotivasikan diri?

Setiap kali anda mendapat satu tugasan dari klien anda, anda akan memikirkan harga yang telah anda cajkan. Jika harga servis tersebut berharga RM700, anda akan terbayangkan "murah jer servis ni, aku buat biasa-biasa jer la". Tapi cuba sekali dalam seumur hidup anda, anda gandakan 3 kali harga tadi menjadi RM2100. Apa yang akan anda fikirkan kemudian? "Klien ni bayar mahal, aku mesti buat yang terbaik supaya diorang puas-hati".

Jangan takut nak meletakkan harga diri anda!

Shah
012-5055003

05 April 2011

Pemasaran : Tips hebahkan servis anda

Mungkin ramai yang masih belum mengetahui kekuatan sebenar penghebahan servis kepada orang ramai. Hebahkan mengenai servis anda tidak bermakna anda seorang yang 'gila glamor'. Tidak berguna juga kalau anda ada produk yang hebat, tapi tiada yang mengetahui mengenainya.

Teknik hebahan yang sering dugunakan oleh para jurufoto sekarang ini adalah;

- 'Bisikan' :: Jangan terkejut, bisikan yang saya maksudkan disini bukan kita perlu pegi berbisik di telinga seseorang. Bisikan didalam konteks ini adalah, kita sentiasa menyebut mengenai servis yang kita tawarkan. Sekali anda sebutkan kepada kawan anda, dia mungkin tidak mengingatinya. kali kedua juga mungkin dia tidak perasan. Tetapi, jika anda sering menyebutnya, anda boleh bayangkan sendiri hasilnya.

- Beri :: Apa yang anda perlu beri? Anda seorang pemilik perniagaan (kalau anda masih bekerja makan gaji, anggap saja anda seorang pemilik perniagaan anda secara part-time), sudah tentu anda mempunyai kad perniagaan (business card). Berikan kepada sesiapa sahaja yang datang kepada anda. Biasakan memberi lebih dari satu kad anda. Jika ditanya kenapa anda berikan lebih, katakan padanya 'supaya dapat diberikan kepada sesiapa yang memerlukan'. Atau anda boleh katakan 'simpan saja kad tu, mungkin ia akan menolong anda suatu hari nanti'. Jangan berhenti memberi kad perniagaan anda, walau anda telah memberikan pada orang tersebut suatu ketika dahulu.

Cukup dahulu buat masa ini, saya akan kongsikan tips-tips perniagaan untuk anda, jurufoto semua yang setia membaca blog saya ini.

Shah
012-5055003

17 Februari 2011

Kursus Fotografi Perkahwinan

Salam semua yang sedang membaca blog IndahPandang ini. Kenapa Indahpandang? Sebab kami mahu semuanya indah apabila dipandang. Bila semuanya indah, pasti anda akan tersenyum riang, betul tak?

Kali ni, saya nak mempromosi pula kursus fotografi perkahwinan yang dianjurkan anak syarikat IndahPandang iaitu FotoLesson. Banyak kursus berkaitan fotografi yang dianjurkan fotolesson ni. Kerap la melawat blog http://fotolesson.blogspot.com untuk sebarang update terkini kelas-kelas / kursus-kursus fotografi yang akan datang.

Takmau banyak menaip, nanti anda semua taknak baca pula, kan?

Ini poster promo tu 'klik kat poster kalau nak lebih besar';


Shah
012-5055003
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...