Bagi sesi latihan/seminar fotografi jabatan kerajaan dan swasta, pihak kami bersedia menerima sebarang permintaan untuk menjalankan kursus / seminar ditempat anda.
30 April 2012
Laporan Kelas Fotografi Perkahwinan | 28 April 2012
Walaupun hanya terdapat tiga peserta, kelas berjalan seperti biasa dan pemahaman juga ditahap terbaik. Saya juga enjoy dengan para peserta tersebut.
Akan datang, saya berharap semoga jumlah peserta akan melebihi dari sasaran pihak FotoLesson. InsyaAllah...
Kami di FotoLesson gemar berkongsi ilmu dengan anda semua.
Berikut ialah laporan gambar, enjoy.
Artikel Berkaitan
RAW Atau JPEG, Mana Lebih Bagus?
Pemasaran : Tips Hebahkan Servis Anda
__________________________________________________________
Akademi FotoLesson menjalankan kursus dan seminar fotografi di Utara Malaysia.
Segala maklumat yang terkandung didalam blog ini adalah betul dan segala kerugian di pihak yang menggunakan segala maklumat didalam blog ini adalah tanggungjawab sendiri.
Akademi FotoLesson aktif menjalankan kursus dan bengkel-bengkel fotografi di sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Utara Perak seperti Taiping dan Parit Buntar.
27 April 2012
Laporan Kelas Asas Fotografi Digital
Kelas Asas Fotografi Digital kali ini saya jalankan di Seminarium, Sungai Petani, Kedah.
Kehadiran peserta seramai tujuh orang sahaja, seorang peserta menarik diri pada saat akhir kerana terdapat komitmen lain.
Kelas yang amat menarik (peserta yang menarik dan penuh keterujaan) benar-benar membuatkan saya berasa seperti berhadapan dengan rakan-rakan saya sendiri. Keramahan para peserta amat saya puji.
Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada dua orang peserta wanita yang menhadirkan diri ke kelas ini. Semoga ianya menjadi sumber inspirasi kepada para wanita yang lain, yang meminati kemahiran fotografi ini untuk lebih menceburi bidang ini.
Akhir sekali, saya ingin ucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua peserta Kursus Asas Fotografi Digital sesi kali ini. Untuk maklumat lanjut mengenai kelas-kelas anjuran Fotolesson dan rakan-rakan pakar yang lain, boleh ke laman www.jomkelas.com atau klik sahaja pautan Facebook Badge di kanan laman ini.
Terima kasih
Artikel berkaitan
Tips Sensitiviti ISO
Pemasaran : Jangan Takut Meletakkan Harga
__________________________________________________________
Akademi FotoLesson menjalankan kursus dan seminar fotografi di Utara Malaysia.
Segala maklumat yang terkandung didalam blog ini adalah betul dan segala kerugian di pihak yang menggunakan segala maklumat didalam blog ini adalah tanggungjawab sendiri.
Akademi FotoLesson aktif menjalankan kursus dan bengkel-bengkel fotografi di sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Utara Perak seperti Taiping dan Parit Buntar.
24 April 2012
Kursus Fotografi Perkahwinan
Perkahwinan adalah kemestian kepada semua insan dimukan bumi ini. Sudah menjadi tuntutan dalam agama supaya setiap makhluk bernyawa mencari dan mempunyai pasangan masing-masing.
Industri fotografi perkahwinan pula adalah pelengkap kepada tuntutan tersebut. Jurufoto perkahwinan menjadi salah seorang yang terpenting dalam sesuatu majlis perkahwinan disamping Tok Kadi. Berdasarkan kepentingan inilah, jurufoto harus mempunyai kemahiran tinggi untuk menghasilkan gambar-gambar yang memberi seribu kenangan manis kepada para pengantin.
Kursus Fotografi Perkahwinan (Teori dan Praktikal)
Tarikh: 28hb April 2012
Masa: 9.30 - 4.30 petang
Lokasi: Seminarum, Bandar Laguna Merbuk, Sg Petani
Yuran: RM200
Kelas ini untuk:
- Mengasah bakat terpendam jurufoto
- Mengasah mata melihat momen-momen penting majlis perkahwinan
- Memastikan jurufoto bersedia berhadapan tugasan fotografi
- Mengetahui jenis-jenis gambar yang perlu dihasilkan
Keperluan Kelas:
- Kamera DSLR
- Lensa
- Speedlite
- Buku catatan
Bagaimana Menyertai?:
- Sms nama dan nombor kad pengenalan ke 013-4324936
- Buat bayaran deposit ke Maybank 1571 3967 7279
- SMS bukti transaksi bayaran mengikut format dibawah
(Nama Anda) (Perkahwinan) (Waktu Transfer) CTH : Shamir Perkahwinan 5.15petang
Contoh gambar oleh pengajar:
21 April 2012
Tarikh : 29 April 2012
Lokasi : Kelab Safira, Seberang Jaya, Pulau Pinang
Masa : 9.30 pg - 4.00 ptg
Yuran : RM100 (seorang) / RM 250 (berkumpulan 3 orang)
Kelas ini Untuk ?
Keperluan Kelas
Apa Yang Anda Pelajari?
Bagaimana Menyertai?
Yuran
17 April 2012
Bengkel Rekabentuk Custom Album

Tarikh: 5hb Mei 2012
Masa : 9.30pg - 4 ptg
Yuran : RM80 (Seorang) / RM195 (berkumpulan 3 orang)
Tempat : Seminarium, Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani
Hubungi : 013-4324936
Intipati:
- Teknik pemilihan gambar
- Teknik penyusunan gambar dengan cepat dan sempurna
- Langkah demi langkah design sebuah custom album cara pantas dan mudah
- Tips rekabentuk custom album yang sesuai
- Banyak lagi....
Extra : Anda akan diberitahu di mana anda boleh membuat tempahan custom album.
Siapa patut hadir?:
- Jurufoto perkahwinan
- Jurufoto majlis rasmi
- Jurufoto potret
- Jurufoto kanak-kanak
- juru rekabentuk album
- Sesiapa sahaja yang berminat
Bagaimana untuk menyertai?:
- SMS Nama dan kod kursus ke 013-4324936
contoh:- Mohamad Khairun Album dan hantar ke 013-4324936
- Masukkan deposit RM50 ke akaun Maybank 1571 3967 7279, Mohamad Ezrin Shah
Peserta diminta membawa laptop sendiri lengkap dengan perisian Adobe Photoshop.
*Yuran tidak akan dikembalikan sekiranya gagal hadir.
__________________________________________________________
Akademi FotoLesson menjalankan kursus dan seminar fotografi di Utara Malaysia.
Segala maklumat yang terkandung didalam blog ini adalah betul dan segala kerugian di pihak yang menggunakan segala maklumat didalam blog ini adalah tanggungjawab sendiri.
Akademi FotoLesson aktif menjalankan kursus dan bengkel-bengkel fotografi di sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Utara Perak seperti Taiping dan Parit Buntar.
15 April 2012
Tips Rules Of Third (RO3)
Peraturan dalam fotografi bertujuan untuk mencantikkan dan memberi ‘nyawa’ kepada gambar yang dihasilkan. Seperti apabila kita melihat sebuah gambar wanita cantik, kita akan teruja emlihatnya. Begitu juga gambar-gambar lain yang dihasilkan. Ia perlu mempunyai sifat keterujaan supaya sesiapa sahaja yang melihatnya akan secara tidak langsung menyukainya.
Rules Of Third (Ro3) bukanlah peraturan asing dalam arena fotografi. Ia adalah sebahagian dari peraturan asas yang perlu diketahui oleh seseorang jurufoto sekiranya ingin menghasilkan gambar yang terbaik.

Rules of Third memberi ruang kepada gambar tersebut untuk mempunyai ‘ruang’ tersendiri. Seperti halaman rumah yang perlu mempunyai ruang bagi berlibur dan berehat, begitu jugfa sesebuah gambar. Ia perlu mempunyai ruang bagi mata melihat dan merasai keseronokan melihatnya.
Berikut ialah contoh gambar yang mengikut peraturan Ro3,

Gambar dibahagikan kepada 9 bahagian. Terdapat 4 bahagian bertemu dalam frame tersebut, bahagian bertemu inilah terletaknya titik Ro3. Subjek perlu diletakkan pada salah satu titik bertemu tersebut bagi menghasilkan gambar yang mengikut peraturan Ro3.
Semoga perkongsian ini membantu anda berkarya.Oleh Shah Othman
013-4324936
*Jika anda suka artikel ini, sila kongsikan dengan rakan di FB.
13 April 2012
Tips Mengambil Gambar Potret
Terdapat beberapa panduan ketika merakam gambar potret yang perlu dititik beratkan. Bukan sahaja dari segi pemilihan talent, penggunaan pakaian yang sesuai, lokasi dan tema yang akan diketengahkan. Pengguna DSLR juga harus mengetahui bagaimana mahu merakam gambar potret tersebut.
Penggunaan lensa 50mm amat popular dikalangan pengguna DSLR. Lensa ini bukan sahaja murah, tetapi ia mampu memberi kesan yang hebat pada sesebuah gambar portret. Selain itu, lensa 85mm juga semakin menjadi pilihan pengguna DSLR.
Pemilihan lensa yang bersesuaian perlu dititikberatkan oleh seseorang pengguns DSLR yang ingin merakam gambar potret. Ini berikutan untuk memastikan gambar yang dihasilkan mempunyai kualitinya yang tersendiri. Bukan sekadar gambar potret biasa.
Kemahiran mengendalikan mod Manual (M) juga amat penting supaya gambar yang diingini terhasil. Dengan mod Manual, pengguna DSLR boleh melaraskan setting mengikut kehendak gambar dan tema yang ingin dihasilkan.
Berikut ialah contoh cropping pada badan seseorang model atau talent.
Cropping ini bertujuan memastikan subjek tidak kelihatan ‘pelik’, atau tidak cukup sifat. Sebagai manusia, antara sifat-sifat utama badan harus dikekalkan bentuknya dan ditunjukkan dengan baik dalam gambar yang akan dihasilkan. Pemotongan pada bahagian sendi amat tidak digalakkan. Sesuatu gambar potret yang baik adalah apabila dilihat, tidak kelihatan ‘pelik’ dan mempunyai ciri-ciri yang baik dari segi ekspresi dan penggunaan latar tempat.
Berikut ialah contoh gambar potret yang boleh dijadikan panduan.
Oleh Shah Othman
013-4324936
11 April 2012
Bengkel Asas Editing Photoshop
Tarikh: 20hb April 2012
Masa: 8.00 mlm - 11.30 mlm
Lokasi: Seminarium, Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani
Yuran: RM100 (seorang) / RM250 (berkumpulan tiga orang)
Bengkel Mengenai:
- Teknik dan penggunaan tool
- Setup untuk editing
- Penggunaan layer
- Colour enhancement
- Cropping
- Face retouching
- Menyediakan dokumen untuk cetakan
Siapa yang patut menyertai?
- Pengguna baru Adobe Photoshop
- Pelajar
- Jurufoto
- Dan lain-lain
Bagaimana menyertai?
- Hubungi / sms 013-4324936
- Sahkan kehadiran anda
- Buat pembayaran.
Cara Pembayaran:
- Pembayaran ke akaun maybank 1571 3967 7279 (Mohamad Ezrin Shah)
- SMS : (Nama Anda) (EDIT) (Waktu Transfer) (Jumlah) CTH : Shamir EDIT 5.15petang RM100
- Simpan slip pembayaran sebagai bukti
Pengajar
Usahawan dan jurufoto sepenuh masa. Terlibat dalam industri fotografi perkahwinan hampir lima tahun.
Berpengalaman dalam bidang editing photoshop dan rekabentuk custom album perkahwinan.