Sebarang pertanyaan mengenai latihan dan seminar, boleh hubungi terus pentadbir latihan dan seminar kami di talian 013-4324936 atau emel shahmar_5003@yahoo.com 11pagi - 6petang (Isnin - Jumaat)

Bagi sesi latihan/seminar fotografi jabatan kerajaan dan swasta, pihak kami bersedia menerima sebarang permintaan untuk menjalankan kursus / seminar ditempat anda.

04 September 2011

RAW atau jpeg, mana lebih bagus?

Setiap kali saya mengajar fotografi, soalan sebegini kerap ditanya, 'apa beza shoot RAW dan jpeg?'

Bukan sekali atau dua kali saya diajukan soalan ini. Seringkali jugasaya memberikan jawapan yang sama kepada mereka yang bertanya.

RAW adalah hasil imej didalam kamera yang merakam subjek atau objek dalam kualiti asal yang ebih besar. Imej yang terhasil dianggap seperti bahan mentah yang belum diolah sepertimana daging yang baru dibeli dipasar. Untuk memasak daging tersebut, pelbagai ramuan dimasukkan seperti rempah, garam, cuka, gula atau apa sahaja perasa.

Begitu juga RAW. format yang digunakan untuk merakam imej dengan kualiti hampir 100% sepertimana yang kita lihat oleh mata kasar kita. Imej yang terhasil masih boleh dibetulkan menggunakan perisian yang disediakan oleh pengeluar kamera sebelum dijadikan ke format jpeg.

Saiz yang terhasil dalam format RAW lebih besar berbanding jpeg. Ini bermakna, imej tersebut masih boleh dilakukan editing tahap maksimum tanpa merosakkan kualiti asal imej tersebut.

Ramai jurufoto yang merakam imej menggunakan format RAW betujuan membetulkan kembali kesilapan WB, Brightness dan seumpamanya selepas imej tersebut dirakam.

Contoh perisian yang boleh memproses format RAW ialah Nikon Capture NX2, Adobe Camera Raw (ACR - sebahagian dari Adobe Creative Suite). Adobe Lightroom, Apple Aperture dan Canon Digital Photo Professional (DPP). Lain-lain perisian ialah Google Picasa, Windows Explorer, Mac Finder, Photomatix dan pelbagai lagi.

Manakala jpeg pula adalah format foto yang tersedia untuk dicetak. Seting yang telah ditetapkan tidak boleh diubah setelah imej tersebut dirakam. Saya menggemari format jpeg kerana memudahkan kerja saya. Tidak perlu melakukan kerja-kerja post-production yang banyak.

Shah
www.shahothman.com

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...