Sebarang pertanyaan mengenai latihan dan seminar, boleh hubungi terus pentadbir latihan dan seminar kami di talian 013-4324936 atau emel shahmar_5003@yahoo.com 11pagi - 6petang (Isnin - Jumaat)

Bagi sesi latihan/seminar fotografi jabatan kerajaan dan swasta, pihak kami bersedia menerima sebarang permintaan untuk menjalankan kursus / seminar ditempat anda.

25 April 2011

Pemasaran : Jangan Takut Meletakkan Harga

Sebenarnya, masih ramai yang takut nak meletakkan harga servis fotografi mereka. Selalu juga kita akan mendengar pelbagai alasan, "saya masih baru..." walaupun 'baru' tiga tahun.

Anda ada ilmu yang anda tuntut yang bernilai ribuan ringgit hasil dari pelaburan anda sehari-hari. Anda juga ada bakat yang tak ternilai harganya jika nak dibandingkan dengan orang lain. Kenapa anda perlu rendahkan harga servis anda?

Mungkin ada yang takut nak meletakkan satu harga untuk diri dia yang akan memotivasikan diri dia sendiri. Kenapa saya kata memotivasikan diri?

Setiap kali anda mendapat satu tugasan dari klien anda, anda akan memikirkan harga yang telah anda cajkan. Jika harga servis tersebut berharga RM700, anda akan terbayangkan "murah jer servis ni, aku buat biasa-biasa jer la". Tapi cuba sekali dalam seumur hidup anda, anda gandakan 3 kali harga tadi menjadi RM2100. Apa yang akan anda fikirkan kemudian? "Klien ni bayar mahal, aku mesti buat yang terbaik supaya diorang puas-hati".

Jangan takut nak meletakkan harga diri anda!

Shah
012-5055003

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...