Sebarang pertanyaan mengenai latihan dan seminar, boleh hubungi terus pentadbir latihan dan seminar kami di talian 013-4324936 atau emel shahmar_5003@yahoo.com 11pagi - 6petang (Isnin - Jumaat)

Bagi sesi latihan/seminar fotografi jabatan kerajaan dan swasta, pihak kami bersedia menerima sebarang permintaan untuk menjalankan kursus / seminar ditempat anda.

05 April 2011

Pemasaran : Tips hebahkan servis anda

Mungkin ramai yang masih belum mengetahui kekuatan sebenar penghebahan servis kepada orang ramai. Hebahkan mengenai servis anda tidak bermakna anda seorang yang 'gila glamor'. Tidak berguna juga kalau anda ada produk yang hebat, tapi tiada yang mengetahui mengenainya.

Teknik hebahan yang sering dugunakan oleh para jurufoto sekarang ini adalah;

- 'Bisikan' :: Jangan terkejut, bisikan yang saya maksudkan disini bukan kita perlu pegi berbisik di telinga seseorang. Bisikan didalam konteks ini adalah, kita sentiasa menyebut mengenai servis yang kita tawarkan. Sekali anda sebutkan kepada kawan anda, dia mungkin tidak mengingatinya. kali kedua juga mungkin dia tidak perasan. Tetapi, jika anda sering menyebutnya, anda boleh bayangkan sendiri hasilnya.

- Beri :: Apa yang anda perlu beri? Anda seorang pemilik perniagaan (kalau anda masih bekerja makan gaji, anggap saja anda seorang pemilik perniagaan anda secara part-time), sudah tentu anda mempunyai kad perniagaan (business card). Berikan kepada sesiapa sahaja yang datang kepada anda. Biasakan memberi lebih dari satu kad anda. Jika ditanya kenapa anda berikan lebih, katakan padanya 'supaya dapat diberikan kepada sesiapa yang memerlukan'. Atau anda boleh katakan 'simpan saja kad tu, mungkin ia akan menolong anda suatu hari nanti'. Jangan berhenti memberi kad perniagaan anda, walau anda telah memberikan pada orang tersebut suatu ketika dahulu.

Cukup dahulu buat masa ini, saya akan kongsikan tips-tips perniagaan untuk anda, jurufoto semua yang setia membaca blog saya ini.

Shah
012-5055003

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...