Sebarang pertanyaan mengenai latihan dan seminar, boleh hubungi terus pentadbir latihan dan seminar kami di talian 013-4324936 atau emel shahmar_5003@yahoo.com 11pagi - 6petang (Isnin - Jumaat)

Bagi sesi latihan/seminar fotografi jabatan kerajaan dan swasta, pihak kami bersedia menerima sebarang permintaan untuk menjalankan kursus / seminar ditempat anda.

21 Disember 2010

Worksyop Asas Fotografi Digital Siri 2

PodterKelasSiri2

Worksyop Asas Fotografi Digital - "Kenali kamera anda"

Tarikh: 29 Januari 2011
Masa: 9.30pg - 4.30ptg
Yuran: RM150 (diskaun kepada peserta terdahulu)
Lokasi: Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Subjek yang akan diajar;
1. Mengenali DSLR
- Mengenal bahagian-bahagian kamera dan fungsi asas sesuatu butang pada badan kamera. -Fahami format kamera 35mm/full frame SLR dan APS size DSLR
- Fungsi dan kegunaan semua buttons pada kamera

2. Kawalan Asas Kamera
- Shooting modes (M,A,S,P)
- ISO, shuuter speed, aperture
- Exposure
- Metering
- Focusing
- Komposisi

3. Pencahayaan
- Mengenali built-in flash dan portable flash

...dan banyak lagi!!!

Woksyop ini amat sesuai kepada pengguna baru DSLR. Anda tidak perlu lagi tercari-cari bagaimana hendak menggunakan fungsi yang ada pada kamera anda.

Anda juga akan didedahkan dengan kaedah fotografi yang betul dan berkesan.

Di akhir woksyop, anda mampu menggunakan fungsi manual mode pada kamera anda.

Hubungi 012-5055003 untuk membuat tempahan segera.
*Deposit RM50 diperlukan untuk pengesahan tempat dan tidak dikembalikan.

27 Oktober 2010

Woksyop Fotografi Kanak-Kanak & Ibu Mengandung

KelasLittleKlik

Tarikh : 12 Disember 2010
Masa : 9.30 pagi - 4 ptg
Saiz Kelas : 10 peserta
Yuran : RM85 sahaja

Kuasai pengetahuan teknikal seni fotografi kanak-kanak dan ibu mengandung dalam masa yang amat singkat. Kemahiran yang akan memberi ruang lebar untuk anda lebih memahami seni fotografi kanak-kanak dan ibu mengandung.

Adakah anda tidak berpuas-hati dengan hasil gambar yang anda rakam?

Tentu anda ingin menyertai woksyop ini untuk menguasai tips dan teknik yang betul dalam fotografi kanak-kanak dan ibu mengandung.

Usah ragu-ragu walau anda hanya pengguna kamera kompak dan bukan DSLR. Woksyop ini akan membimbing anda menjadi lebih baik hanya dengan peralatan asas sahaja. Tidak perlukan kamera dengan lens telephoto 70-200mm, tidak juga menggunakan wide lens 10-20mm. cukup dengan apa yang anda ada.

____________________

Siapa patut hadir?
- Mereka yang telah berkeluarga dan ingin mengabadikan foto kenangan keluarga dengan cara yang betul
- Pengguna baru DSLR
- individu-individu yang ingin menjadikan seni fotografi ini sebagai hobi
- Bakal-bakal ibu dan ibu-ibu

Syarat penyertaan?
- Bukan seorang jurufoto profesional
- Cukup dengan hanya memiliki kamera digital kompak atau kamera DSLR entry-level

Persediaan sebelum hadir
- mengetahui fungsi setiap butang kamera anda
- bersedia dengan pelbagai soalan yang ingin ditanya

Lokasi woksyop
- Studio Fotografi IndahPandang, Taman Siakap, Seberang Jaya

Hubungi SHAH 012-5055003 untuk urusan tempahan dan pembayaran

TERHAD 10 PESERTA SAHAJA!!!

22 Julai 2010

Sejarah Fotografi Kekal

Fotograf kekal (still photography) yang pertama berjaya dihasilkan pada tahun 1826 oleh seorang pereka perancis yang bernama Joseph Nicéphore Niépce (1765–1833) yang dibangunkan hasil penemuan Johann Heinrich Schultz (1724) dimana campuran perak dan kapur menjadi gelap akibat pendedahan cahaya. Gambar yang pertama berjaya dihasilkan oleh Joseph Nicéphore Niépce yang diberi nama Heliograph ini memerlukan pendedahan kepada cahaya yang lama iaitu selama 8 jam dan menghasilkan gambar yang mempunyai 2 pantulan cahaya matahari.

Kemuadiannya Joseph Nicéphore Niépce dan Louis Daguerre (1787 –1851)
telah mengkaji proses ini dengan lebih mendalam, hasilnya selepas kematian Niépce, Daguerre telah menghasilkan penemuan bahawa dengan pendedahan perak terlebih dahulu kepada iodine yang meruap sebelum pendedahan kepada cahaya (ambil gambar) kemudiannya dedahkannya kepada asap merkuri (selepas ambil gambar) akan menghasilkan imej pendam, selepas di rendam plat perak itu kedalam larutan garam akan memperlihatkan gambar yang diambil. Formula ini akhirnya menjadi teknik daguerreotype yang amat terkenal selepas tu.

Teknik daguerreotype ini ada kelemahanya, terutama kesukarannya untuk mengambil gambar, yang berjaya sahaja di proses dan ia tidak boleh di cetak semula. Disebabkan prosesnya yang sukar dan kurang praktikal, banyak pengkaji2 lain cuba untuk mencari dan menghasilkan proses yang lebih mudah. Tidak lama selepas gambar pertama Nicéphore Niépce (1826) berjaya dihasilkan, maka selepas itu terhasil pula pelbagai jenis kaedah dan proses, antaranya seperti proses collodion pada tahun 1848 menggunakan cetakan pada kertas albumin dan proses gelatin pada tahun 1871, adaptasi dari proses gelatin ini telah menghasilkan fotograf hitam putih sehinggalah penemuan fotograf warna.

Fotografi warna bermula dengan dengan hasil eksperimen oleh John Herschel keatas eksperimen Anthotype pada 1842, and Lippmann plate pada 1891. Fotograf warna kemudiannya mula terkenal pada tahun 1903 apabila Autochrome Lumière di perkenalkan. Kemudianya teknik ini digantikan dengan Kodachrome, Ilfochrome yang lebih transparent (seperti slaid projektor). Tetapi cetakan gambar berwarna hanya popular selepas negatif Chromogenic diperkenalkan.


Sumber : pelbagai

07 Julai 2010

Kamera Pertama

Saya bukanlah nak menulis mengenai kamera pertama yang saya beli. Sebab saya tahu, kalau saya tulis kat sini tak ada pun orang nak baca...

Apa yang saya nak tuliskan adalah mengenai kamera pertama didunia.

Tentu ramai yang taktahu tentang kamera pertama yang wujud didunia dan siapa yang menciptanya.

Kamera pertama yang dicipta dinamakan Obscura, saiznya agak besar dan mengambil masa yang lama untuk menghasilkan sesuatu gambar. Tahukah anda, foto yang pertama dihasilkan didunia mengambil masa selama 8 jam untuk dihasilkan? Dunia barat menganggap Louis Jacques mande Daquerre sebagai bapa fotografi dunia (1837). Manakala dunia Islam pula menganggap Abū ʿAlī al-Ḥasan ibn al-Ḥasan ibn al-Haytham dan dia berasal dari Iraq.


Abū ʿAlī al-Ḥasan ibn al-Ḥasan ibn al-Haytham telah menemui tentang ciri-ciri optik dan cahaya. Ilmu-ilmu tentang optik ini telah dibukukan dalam tujuh jilid dan dikenali sebagai Book of Optics (Arabic: Kitāb al-Manāẓir‎; Latin: De Aspectibus or Opticae Thesaurus: Alhazeni Arabis).

Salah satu penemuan penting Ibn al-Haytham, beliau telah membuktikan cahaya bergerak dalam satu garis lurus, dan beliau telah bereksperimentasi dengan lensa, cermin, serakan dan pantulan.


Kamera Obscura merupakan sebuah alat yang terdiri dari ruang gelap atau kotak, yang dapat memantulkan cahaya melalui penggunaan dua buah lensa konveks, kemudian menempatkan gambar objek eksternal tersebut pada sebuah kertas/filem, filem tersebut diletakkan pada pusat fokus dari lensa tersebut.




Cukup buat masa ni, kalau ada lagi maklumat seperti ini, saya akan kongsikan dengan anda semua...

Shah
CEO
Fotografi IndahPandang
012-5055003
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...