Sebarang pertanyaan mengenai latihan dan seminar, boleh hubungi terus pentadbir latihan dan seminar kami di talian 013-4324936 atau emel shahmar_5003@yahoo.com 11pagi - 6petang (Isnin - Jumaat)

Bagi sesi latihan/seminar fotografi jabatan kerajaan dan swasta, pihak kami bersedia menerima sebarang permintaan untuk menjalankan kursus / seminar ditempat anda.

07 Julai 2010

Kamera Pertama

Saya bukanlah nak menulis mengenai kamera pertama yang saya beli. Sebab saya tahu, kalau saya tulis kat sini tak ada pun orang nak baca...

Apa yang saya nak tuliskan adalah mengenai kamera pertama didunia.

Tentu ramai yang taktahu tentang kamera pertama yang wujud didunia dan siapa yang menciptanya.

Kamera pertama yang dicipta dinamakan Obscura, saiznya agak besar dan mengambil masa yang lama untuk menghasilkan sesuatu gambar. Tahukah anda, foto yang pertama dihasilkan didunia mengambil masa selama 8 jam untuk dihasilkan? Dunia barat menganggap Louis Jacques mande Daquerre sebagai bapa fotografi dunia (1837). Manakala dunia Islam pula menganggap Abū ʿAlī al-Ḥasan ibn al-Ḥasan ibn al-Haytham dan dia berasal dari Iraq.


Abū ʿAlī al-Ḥasan ibn al-Ḥasan ibn al-Haytham telah menemui tentang ciri-ciri optik dan cahaya. Ilmu-ilmu tentang optik ini telah dibukukan dalam tujuh jilid dan dikenali sebagai Book of Optics (Arabic: Kitāb al-Manāẓir‎; Latin: De Aspectibus or Opticae Thesaurus: Alhazeni Arabis).

Salah satu penemuan penting Ibn al-Haytham, beliau telah membuktikan cahaya bergerak dalam satu garis lurus, dan beliau telah bereksperimentasi dengan lensa, cermin, serakan dan pantulan.


Kamera Obscura merupakan sebuah alat yang terdiri dari ruang gelap atau kotak, yang dapat memantulkan cahaya melalui penggunaan dua buah lensa konveks, kemudian menempatkan gambar objek eksternal tersebut pada sebuah kertas/filem, filem tersebut diletakkan pada pusat fokus dari lensa tersebut.




Cukup buat masa ni, kalau ada lagi maklumat seperti ini, saya akan kongsikan dengan anda semua...

Shah
CEO
Fotografi IndahPandang
012-5055003

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...