Sebarang pertanyaan mengenai latihan dan seminar, boleh hubungi terus pentadbir latihan dan seminar kami di talian 013-4324936 atau emel shahmar_5003@yahoo.com 11pagi - 6petang (Isnin - Jumaat)

Bagi sesi latihan/seminar fotografi jabatan kerajaan dan swasta, pihak kami bersedia menerima sebarang permintaan untuk menjalankan kursus / seminar ditempat anda.

15 September 2011

Apa Yang Menjadikan Jurufoto Perkahwinan Hebat?

Kelebihan menjadi jurufoto perkahwinan amat hebat, bukan sahaja dari segi kewangan atau ‘hero´dihujung minggu. Seorang jurufoto perkahwinan boleh dianggap sebagai seorang ‘artis’ dan penting bagi sesebuah komuniti.
 
Saudara bayangkan jika dunia kita tidak mempunyai seorang pun jurufoto perkahwinan. Apa yang akan terjadi?
 
Tentu semua pasangan pengantin tidak mempunyai kenangan hari bahagia mereka.
Tugas seorang jurufoto amat berat. Pasangan pengantin dan keluarga mereka telah menghabiskan berbulan-bulan untuk membuat persiapan hari perkahwinan. Pembaziran masa, wang ringgit, sudah tentu kita tidak mahu mereka menghabiskan wang ringgit mereka dengan sia-sia sahaja.
Tiada peluang kedua untuk jurufoto perkahwinan mengulang semula semua momen di majlis perkahwinan pasangan tersebut. Kredibili saudara sebagai jurufoto perlu dijaga.
 
Sebab itu, seorang jurufoto perkahwinan perlu memahirkan diri dengan pelbagai aspek fotografi supaya beliau lebih bersedia. Aspek-aspek fotografi yang perlu dititik-beratkan antaranya adalah, fotografi potret, fotografi produk, kandid dan jurufoto perkahwinan juga perlu tahu masa bila hendak mengambil gambar secara close-up, medium close-up dan wide angle.

Jurufoto yang mampu bekerja dibawah tekanan adalah jurufoto yang terbaik dan mampu menguruskan majlis perkahwinan supaya sesi fotografi tidak kelam-kabut.
Stail fotografi perkahwinan sekarang ini banyak dipengaruhi oleh magazines styles. Seorang jurufoto dari Australia, Martin Schembri, menggelar stail ini sebagai “a clean, straight look”.
 
Stail kandid menjadi satu fenomena di Malaysia. Ramai pasangan yang akan berkahwin mencari jurufoto-jurufoto yang mampu merakam gambarfoto sebegitu. Tidak dinafikan juga ada jurufoto yang tidak mampu merakam gambar kandid tetapi mengisytiharkan diri mereka juga boleh merakam gambar kandid.
Mereka mungkin betul dan mungkin salah. Mereka betul jika mereka mengambil gambar tanpa disedari oleh subjek dan dikatakan sebagai gambar kandid. Mereka mungkin salah jika gambarfoto tersebut sekadar kandid kosong yang tidak membawa apa-apa maksud atau cerita disebalik gambarfoto tersebut.
 
Skil yang tajam dapat membantu seorang jurugambar perkahwinan. Kerana seorang jurugambar perkahwinan hanya perlu melihat dan terus menekan shutter kamera mereka. Saudara tentu ingin menjadi seperti ini.
Persediaan yang awal juga perlu dititik-beratkan oleh seorang jurufoto perkahwinan yang ingin berjaya dan pergi lebih jauh lagi dalam bidang ini. Saudara tentu tidak mahu pelanggan saudara memandang rendah terhadap diri saudara. Nama baik yang saudara tonjolkan sejak pertama kali pelanggan saudara berjumpa saudara harus dijaga rapi.

Sentiasa bersedia
Seorang jurufoto perkahwinan akan melakukan sedikit ulangkaji berkenaan stail fotografi, keadaan pasaran semasa, jenis-jenis pelanggan dan permintaan pelanggan kepada fotografi perkahwinan. Persediaan dari segi mental dan fizikal amat penting kepada jurfoto perkahwinan.
Sebelum memulakan majlis, jurufoto perkahwinan yang hebat akan meneliti semula jadual perkahwinan dan agenda yang akan berlangsung. Hal ini perlu dilakukan supaya saudara tidak menjadi kelam-kabut pada hari perkahwinan berlangsung. Sekiranya ada pertukaran, pastikan pihak saudara mendapat maklumat dari pengantin terlebih dahulu.
Jurufoto yang telah sentiasa dalam keadaan bersedia tahu apa yang akan dilakukannya pada hari majlis. Setiap langkah dan setiap shutter yang ditekan memberi pulangan dalam bentuk keuntungan. Pergerakan akan dapat dioptimumkan dan peluang untuk terlepas mana-mana momen penting dapat dikurangkan.
Artikel ini dipetik dari ebook Rahsia Bisnes Fotografi Perkahwinan. Sila klik disini untuk maklumat lanjut.

__________________________________________________________
Akademi FotoLesson menjalankan kursus dan seminar fotografi di Utara Malaysia.
Segala maklumat yang terkandung didalam blog ini adalah betul dan segala kerugian di pihak yang menggunakan segala maklumat didalam blog ini adalah tanggungjawab sendiri.

Akademi FotoLesson aktif menjalankan kursus dan bengkel-bengkel fotografi di sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Utara Perak seperti Taiping dan Parit Buntar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...