Terdapat beberapa panduan ketika merakam gambar potret yang perlu dititik beratkan. Bukan sahaja dari segi pemilihan talent, penggunaan pakaian yang sesuai, lokasi dan tema yang akan diketengahkan. Pengguna DSLR juga harus mengetahui bagaimana mahu merakam gambar potret tersebut.
Penggunaan lensa 50mm amat popular dikalangan pengguna DSLR. Lensa ini bukan sahaja murah, tetapi ia mampu memberi kesan yang hebat pada sesebuah gambar portret. Selain itu, lensa 85mm juga semakin menjadi pilihan pengguna DSLR.
Pemilihan lensa yang bersesuaian perlu dititikberatkan oleh seseorang pengguns DSLR yang ingin merakam gambar potret. Ini berikutan untuk memastikan gambar yang dihasilkan mempunyai kualitinya yang tersendiri. Bukan sekadar gambar potret biasa.
Kemahiran mengendalikan mod Manual (M) juga amat penting supaya gambar yang diingini terhasil. Dengan mod Manual, pengguna DSLR boleh melaraskan setting mengikut kehendak gambar dan tema yang ingin dihasilkan.
Berikut ialah contoh cropping pada badan seseorang model atau talent.
Cropping ini bertujuan memastikan subjek tidak kelihatan ‘pelik’, atau tidak cukup sifat. Sebagai manusia, antara sifat-sifat utama badan harus dikekalkan bentuknya dan ditunjukkan dengan baik dalam gambar yang akan dihasilkan. Pemotongan pada bahagian sendi amat tidak digalakkan. Sesuatu gambar potret yang baik adalah apabila dilihat, tidak kelihatan ‘pelik’ dan mempunyai ciri-ciri yang baik dari segi ekspresi dan penggunaan latar tempat.
Berikut ialah contoh gambar potret yang boleh dijadikan panduan.
Oleh Shah Othman
013-4324936
Tiada ulasan:
Catat Ulasan