Sebarang pertanyaan mengenai latihan dan seminar, boleh hubungi terus pentadbir latihan dan seminar kami di talian 013-4324936 atau emel shahmar_5003@yahoo.com 11pagi - 6petang (Isnin - Jumaat)

Bagi sesi latihan/seminar fotografi jabatan kerajaan dan swasta, pihak kami bersedia menerima sebarang permintaan untuk menjalankan kursus / seminar ditempat anda.

15 April 2012

Tips Rules Of Third (RO3)

Peraturan dalam fotografi bertujuan untuk mencantikkan dan memberi ‘nyawa’ kepada gambar yang dihasilkan. Seperti apabila kita melihat sebuah gambar wanita cantik, kita akan teruja emlihatnya. Begitu juga gambar-gambar lain yang dihasilkan. Ia perlu mempunyai sifat keterujaan supaya sesiapa sahaja yang melihatnya akan secara tidak langsung menyukainya.

Rules Of Third (Ro3) bukanlah peraturan asing dalam arena fotografi. Ia adalah sebahagian dari peraturan asas yang perlu diketahui oleh seseorang jurufoto sekiranya ingin menghasilkan gambar yang terbaik.



Rules of Third memberi ruang kepada gambar tersebut untuk mempunyai ‘ruang’ tersendiri. Seperti halaman rumah yang perlu mempunyai ruang bagi berlibur dan berehat, begitu jugfa sesebuah gambar. Ia perlu mempunyai ruang bagi mata melihat dan merasai keseronokan melihatnya.

Berikut ialah contoh gambar yang mengikut peraturan Ro3,



Gambar dibahagikan kepada 9 bahagian. Terdapat 4 bahagian bertemu dalam frame tersebut, bahagian bertemu inilah terletaknya titik Ro3. Subjek perlu diletakkan pada salah satu titik bertemu tersebut bagi menghasilkan gambar yang mengikut peraturan Ro3.

Semoga perkongsian ini membantu anda berkarya.

Oleh Shah Othman
013-4324936

*Jika anda suka artikel ini, sila kongsikan dengan rakan di FB.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...