Sebarang pertanyaan mengenai latihan dan seminar, boleh hubungi terus pentadbir latihan dan seminar kami di talian 013-4324936 atau emel shahmar_5003@yahoo.com 11pagi - 6petang (Isnin - Jumaat)

Bagi sesi latihan/seminar fotografi jabatan kerajaan dan swasta, pihak kami bersedia menerima sebarang permintaan untuk menjalankan kursus / seminar ditempat anda.

05 Mei 2012

Bekerja Sendiri atau .....?

Assalamualaikum, bertemu lagi kita dialam maya ini.

Untuk kali ini saya tidak akan membicarakan perihal teknikal fotografi (saya masih mencari jurufoto yang sudi menjadi penulis undangan di blog ini. Jika anda sudi, sila hubungi saya) ataupun perihal teknik-teknik fotografi.

Saya ingin berbicara berkaitan menjadikan fotografi perkahwinan sebagai kerjaya utama.

Saudara, saya telah menjalankan perniagaan fotografi perkahwinan selama hampir lima tahun. Sudah pelbagai onak dan duri yang telah saya tempuhi. Kejatuhan saya suatu masa dahulu benar-benar membuka mata saya sehingga terhasilnya sebuah buku berkaitan pemasaran yang dikhaskan untuk jurufoto perkahwinan. Terhasilnya buku tersebut, bukan kerana ingin mengejar populariti, sebaliknya untuk tidak mahu kesilapan yang telah saya lakukan sebelum ini diulang kembali oleh jurufoto perkahwinan yang lain. Kesilapan kerana tiadaknya ilmu berkaitan perniagaan yang mencukupi.



Bekerja Sendiri

Sebelum anda membaca coretan saya lebih panjang, ingin saya nyatakan disini, anda boleh memilih untuk bekerja sendiri sebagai jurufoto perkahwinan atau menjalankan perniagaan fotografi perkahwinan.

Tentu anda sedikit keliru dengan dengan perenggan diatas. Mari saya jelaskan sedikit.

Bekerja sendiri bermaksud anda adalah seorang jurufoto perkahwinan yang menjalankan semua tugasan dari A-Z, seperti tugasan di majlis perkahwinan, mnegedit foto, membuat desain album dan sebagainya. Kemudian anda mendapat bayaran dari klien untuk menyara kehidupan anda seharian.

Manakala menjalankan perniagaan fotografi perkahwinan pula bermaksud, anda mengurus perjalanan 'organisasi' anda dan ada orang lain yang akan melaksanakannya. Dalam hal ini, walaupun anda adalah jurufoto bagi organisasi anda, anda juga perlu ada 'pengurus'. Siapa pengurus dan siapa pekerja? ANDA.

Caranya begini, anda perlu senaraikan segala tugasan yang ada dalam 'organisasi' anda, dari pengurus, akauntan, editor, jurufoto, pemasaran dan promosi, kerani, runner sehinggalah apa-apa tugasan yang anda fikirkan sesuai. Seterusnya, masukkan nama anda ke dalam senarai jawatan tersebut. Atau jika anda mempunyai pasangan, jadikannya sebagai salah seorang pekerja organisasi anda.

Kemudian anda dan pekerja tadi perlu sentiasa berhubung berkenaan setiap tugasan atau keputusan yang perlu dilakukan. Ingat, dalam sesebuah organisasi tiada keputusan yang dilakukan tanpa mensyuarat. Persetujuan untuk setiap keputusan perlu ada dan perlu dilaksanakan.

Sekiranya hanya anda seorang yang berada dalam organisasi tersebut, anda perlu bertanya kepada diri sendiri, tetapi dengan watak berlainan, mengenai setiap keputusan, sama ada perlu dilaksanakan atau tidak. Sebagai contoh, anda sebagai jurufoto memerlukan lensa tambahan, anda perlu 'maklumkan' bahagian kewangan. Penelitian akan dibuat, berdasarkan budget dan jangkamasa pulangan modal. Kemudian bahagian kewangan akan maklumkan pula pengurus dan pemilik syarikat. Selepas itu, barulah diluluskan untuk pembelian tersebut.

Dalam hal ini, saya amat menggalakkan sekiranya anda mmepunyai pasangan yang membantu supaya anda tidak 'terhasut' oleh wang dan juga model-model terbaru kamera dan lensa dipasaran.

Sekiranya anda mempunyai beberapa orang rakan yang berkecimpung dalam aliran fotografi yang sama, anda boleh tawarkan mereka menjadi jurufoto sambilan kepada organisasi anda. Kontrak perkhidmatan perlu wujud ketika ini. Walaupun mereka adalah rakan baik atau saudara kandung anda sendiri. Dalam perniagaan, tiada istilah rakan atau saudara, yang ada hanyalah bisnes, klien/pelanggan, rakan niaga, rakan kongsi...

Kontrak

Sebagai langkah keselamatan, anda perlu berurusan dengan kontrak pada setiap masa. Kontrak/perjanjian dengan jurufoto sambilan atau jurufoto pay-per-job dan kontrak juga amat penting dalam penempahan servis anda.

Sebagai langkah berjaga-jaga kontrak ini akan digunakan untuk merujuk apa yang boleh anda dan pihak satu lagi yang menandatangani kontrak tersebut boleh lakukan.

Kontrak tersebut tidak boleh terlalu berat sebelah. Ia perlu adil diantara anda dan pihak satu lagi.

Saya mempunyai pengalaman dengan beberapa jurufoto sambilan yang ditawarkan kontrak. Rata-rata mereka tidak berani untuk menyahut seruan saya menjadi jurufoto berkontrak dengan syarikat saya. Menggunakan alasan ingin bergerak bebas, akhirnya kebanyakan mereka secara rasmi 'keluar' dari syarikat fotografi saya. Jangan terkejut jika ada yang pernah memburukkan nama syarikat saya. Sehingga sekarang, saya masih beranggapan mereka masih menggunakan kewarasan mereka untuk berbicara.


InsyaAllah, pada artikel akan datang saya akan membicarakan mengenai penubuhan, perancangan serta pemasaran supaya anda dapat menjalankan perniagaan fotografi tanpa sebarang kerugian. InsyaAllah.

Shah Othman

__________________________________________________________
Akademi FotoLesson menjalankan kursus dan seminar fotografi di Utara Malaysia.
Segala maklumat yang terkandung didalam blog ini adalah betul dan segala kerugian di pihak yang menggunakan segala maklumat didalam blog ini adalah tanggungjawab sendiri.

Akademi FotoLesson aktif menjalankan kursus dan bengkel-bengkel fotografi di sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Utara Perak seperti Taiping dan Parit Buntar.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...