Sebarang pertanyaan mengenai latihan dan seminar, boleh hubungi terus pentadbir latihan dan seminar kami di talian 013-4324936 atau emel shahmar_5003@yahoo.com 11pagi - 6petang (Isnin - Jumaat)

Bagi sesi latihan/seminar fotografi jabatan kerajaan dan swasta, pihak kami bersedia menerima sebarang permintaan untuk menjalankan kursus / seminar ditempat anda.

01 Mei 2012

Istilah Dalam Fotografi

Dalam entri kali ini, saya ingin kongsikan beberapa istilah yang terdapat dalam fotografi. Beberapa istilah yang perlu kita fahami supaya lebih mahir dalam fotografi. Seperti yang anda sedia maklum, terdapat beberapa istilah yang boleh ditukar ke bahasa Melayu. Tetapi penggunaan istilah bahasa Melayu tersebut kadang-kala akan mengelirukan seseorang.

Berikut saya kongsikan beberapa istilah yang digunakan dalam fotografi.

Macro: Mengambil gambar pada jarak dekat. Boleh membesarkan sehingga 10 kali ganda dari saiz asal.

Macro Lens : Lensa makro yang membolehkan jurufoto merakam sesuatu objek pada jarak dekat.

Medium Shoot : Juga disebut medium close-up. Panggilan yang biasa digunakan untuk mengambil gambar potret dari pinggang ke atas.

Metering : Meter penyukat cahaya. Terdapat tiga jenis semuanya. Cemter weight, evaluative/matrix dan spot.

Metering Center Weight : Menyukat sensitiviti cahaya menggunakan bahagian tengah pada ‘framing’.

Metering Evaluative/Matrix : Menyukat sensitiviti cahaya pada keseluruhan kawasan frame.

Metering Spot : Menyukat sensitiviti cahaya menggunakan satu titik pada bahagian tengah.

Microphotography : Istilah kepada fotografi yang menggunakankamera dengan peralatan mikroskop.

Optical Sharpness : Ketajaman optikal, iaitu ketajaman yang dihasilkan dari lensa yang berkualiti.

Out Of Focus : Terkeluar dari jarak fokus.

Overexposed : Terlebih cahaya. Biasanya merujuk kepada bahagian imej yang terlebih cerah sehingga menghilangkan detail.

Untuk lebih pemahaman, anda boleh mendapatkan buku fotografi dalam Bahasa Melayu yang akan dikeluarkan oleh PTS NetMedia, dikarang oleh tuan Hasnudin Abu Samah. Saya akan maklumkan apabila buku tersebut sudah diterbitkan kelak


Artikel Berkaitan
Sejarah Fotografi Kekal
Apa Yang Menjadikan Jurufoto Perkahwinan Hebat?

__________________________________________________________
Akademi FotoLesson menjalankan kursus dan seminar fotografi di Utara Malaysia.
Segala maklumat yang terkandung didalam blog ini adalah betul dan segala kerugian di pihak yang menggunakan segala maklumat didalam blog ini adalah tanggungjawab sendiri.

Akademi FotoLesson aktif menjalankan kursus dan bengkel-bengkel fotografi di sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Utara Perak seperti Taiping dan Parit Buntar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...