Sebarang pertanyaan mengenai latihan dan seminar, boleh hubungi terus pentadbir latihan dan seminar kami di talian 013-4324936 atau emel shahmar_5003@yahoo.com 11pagi - 6petang (Isnin - Jumaat)

Bagi sesi latihan/seminar fotografi jabatan kerajaan dan swasta, pihak kami bersedia menerima sebarang permintaan untuk menjalankan kursus / seminar ditempat anda.

14 Mei 2012

Mod A dan S Pada Kamera


Mod A dan S pada kamera merupakan mod separa automatik. Tetapi ia masih dikawal oleh penggunanya. Berbanding dengan mod Auto pada badan kamera, setting A dan S masih lagi lagi relevan kepada pengguna kamera.

Aperture Priority Mode

Anda sebagai jurufoto dapat mengawal nilai aperture dan kamera akan menentukan nilai kelajuan shutter. Simbol yang digunakan adalah A atau Av (Aperture Value). Pada setting ini, kamera menentukan sepenuhnya nilai shutter dan ISO.




Mod ini sesuai digunakan ketika cahaya persekitaran adalah minimum atau ketika anda ingin mendapatkan kawalan depth Of Field yang kreatif dan dramatik.
Kelemahan penggunaan mod ini ialah gambar yang dihasilkan berkemungkinan akan ‘goyang’ berikutan kelajuan shutter yang dipilih oleh kamera perlahan, seterusnya gambar menjadi kabur.


Shutter Priority Mode

S atau Tv (Time Value) ialah singkatan untuk Shutter Priority. Sama seperti aperture priority, mod ini juga adalah mod separa automatik.


Dengan mod shutter priority, anda mengawal nilai kelajuan shutter, manakala kamera menentukan nilai bukaan aperture dan ISO


Bagaimana dan bila mahu menggunakan kedua-dua mod?
Kedua-dua mod ini dapat digunakan ketika kurangnya pencahayaan (A) dan ketika kelajuan yang tepat tidak dapat ditentukan secara manual (S). Namun setiap jurufoto mempunyai pendapat dan cara menggunakan mengikut kesesuaian.

Images from Google
__________________________________________________________
Akademi FotoLesson menjalankan kursus dan seminar fotografi di Utara Malaysia.
Segala maklumat yang terkandung didalam blog ini adalah betul dan segala kerugian di pihak yang menggunakan segala maklumat didalam blog ini adalah tanggungjawab sendiri.

Akademi FotoLesson aktif menjalankan kursus dan bengkel-bengkel fotografi di sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Utara Perak seperti Taiping dan Parit Buntar.
 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...