Sebarang pertanyaan mengenai latihan dan seminar, boleh hubungi terus pentadbir latihan dan seminar kami di talian 013-4324936 atau emel shahmar_5003@yahoo.com 11pagi - 6petang (Isnin - Jumaat)

Bagi sesi latihan/seminar fotografi jabatan kerajaan dan swasta, pihak kami bersedia menerima sebarang permintaan untuk menjalankan kursus / seminar ditempat anda.

09 Mei 2012

Tips Photoshop : Gabung gambar

Kali ini saya ingin kongsikan tips mencantumkan 2 keping gambar diatas satu gambar.

Pertama sekali buka mana-mana gambar yang anda akan proses. Pastikan dua keping.





Kemudian 'drag' gambar kedua keatas gambar pertama seperti contoh gambar dibawah.

Seterusnya, anda klik pada butang 'add mask layer' seperti contoh dibawah. Pastikan anda klik pada butang tersebut (1) dan ikon seperti (2) akan kelihatan pada layer.

Anda perlu klik pula pada butang 'gradient tool' seperti contoh dibawah.


Seterusnya, klik pada butang 'click to edit the gradient'

Setelah tetingkap gradient muncul, anda perlu klik pada ikon seperti dibawah,

Klik ok apabila selesai.

Untuk memastikan proses ini berjaya, anda perlu 'drag' pada gambar seperti dibawah. Dari (1) ke arah (2).


Proses ini boleh diulang berkali-kali sehingga anda mendapat hasil seperti yang diingini.

Ini adalah hasil seperti yang diingini. Anda boleh menyesuaikan kedudukan gambar sekiranya kurang sesuai.
Jika anad ingin menggerakkan kedudukan gambar pada layer 'background', anda perlu membuka 'kunci' layer tersebut dahulu dengan membuat 'double-click' dan klik OK.

Berikut ialah hasil proses suntingan ini.




Selamat mencuba.

Disediakan oleh unit FotoLesson.
*Anda boleh menyalin semula artikel ini, tetapi perlu meletakkan kredit kepada FotoLesson dengan pautan kembali ke blog ini.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...