Sebarang pertanyaan mengenai latihan dan seminar, boleh hubungi terus pentadbir latihan dan seminar kami di talian 013-4324936 atau emel shahmar_5003@yahoo.com 11pagi - 6petang (Isnin - Jumaat)

Bagi sesi latihan/seminar fotografi jabatan kerajaan dan swasta, pihak kami bersedia menerima sebarang permintaan untuk menjalankan kursus / seminar ditempat anda.

14 Mei 2012

Mod A dan S Pada Kamera


Mod A dan S pada kamera merupakan mod separa automatik. Tetapi ia masih dikawal oleh penggunanya. Berbanding dengan mod Auto pada badan kamera, setting A dan S masih lagi lagi relevan kepada pengguna kamera.

Aperture Priority Mode

Anda sebagai jurufoto dapat mengawal nilai aperture dan kamera akan menentukan nilai kelajuan shutter. Simbol yang digunakan adalah A atau Av (Aperture Value). Pada setting ini, kamera menentukan sepenuhnya nilai shutter dan ISO.


11 Mei 2012

Bengkel Asas Editing Photoshop


Bengkel Asas Editing Photoshop

Tarikh: 16hb Jun 2012
Masa: 9.30 pg - 4.00 ptg
Lokasi: Seminarium, Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani
Yuran: RM100 (seorang) / RM250 (berkumpulan tiga orang)

09 Mei 2012

Tips Photoshop : Gabung gambar

Kali ini saya ingin kongsikan tips mencantumkan 2 keping gambar diatas satu gambar.

Pertama sekali buka mana-mana gambar yang anda akan proses. Pastikan dua keping.



07 Mei 2012

Laporan Kelas Asas Fotografi Digital | 29 April

Pada 29hb April yang lalu telah dijalankan satu lagi kelas untuk bakat-bakat baru dunia fotografi. Kelas kali ini dihadiri oleh tiga orang bakal jurufoto hebat.

Apa yang istimewanya kali ini ialah ketiga-tiga mereka menggunakan jenama Nikon. Hehehe... Saya bukanlah mahu membandingkan jenama. Sebaliknya agak terkejut kerana ianya bagai dijanji dan dirancang untuk ketiga-tiga mereka menggunakan kamera Nikon.

Kelas kali ini juga adalah kelas yang terakhir pihak FotoLesson jalankan di pusat latihan a.k.a kediaman rasmi Shah Othman (boleh kelihatan dalam foto, langsir juga sudah ditanggalkan untuk proses perpindahan). Kerana Shah Othman akan berpindah kembali ke bahagian pulau di Pulau Pinang.

Bagi anda yang ingin mempelajari fotografi dan cara penggunaan kamera DSLR, boleh hubungi 013-4324936 atau boleh sentiasa layari blog ini. Jangan lupa juga untuk menjadi rakan Shah Othman di facebook. 

Berikut ialah laporan foto kelas tersebut.





Terima kasih.

05 Mei 2012

Bekerja Sendiri atau .....?

Assalamualaikum, bertemu lagi kita dialam maya ini.

Untuk kali ini saya tidak akan membicarakan perihal teknikal fotografi (saya masih mencari jurufoto yang sudi menjadi penulis undangan di blog ini. Jika anda sudi, sila hubungi saya) ataupun perihal teknik-teknik fotografi.

Saya ingin berbicara berkaitan menjadikan fotografi perkahwinan sebagai kerjaya utama.

Saudara, saya telah menjalankan perniagaan fotografi perkahwinan selama hampir lima tahun. Sudah pelbagai onak dan duri yang telah saya tempuhi. Kejatuhan saya suatu masa dahulu benar-benar membuka mata saya sehingga terhasilnya sebuah buku berkaitan pemasaran yang dikhaskan untuk jurufoto perkahwinan. Terhasilnya buku tersebut, bukan kerana ingin mengejar populariti, sebaliknya untuk tidak mahu kesilapan yang telah saya lakukan sebelum ini diulang kembali oleh jurufoto perkahwinan yang lain. Kesilapan kerana tiadaknya ilmu berkaitan perniagaan yang mencukupi.

02 Mei 2012

Seminar Perniagaan Fotografi Perkahwinan | Siri II

Seminar Perniagaan Fotografi Perkahwinan | Siri II

Tarikh: 18 Mei 2012
Lokasi: Rumah Tetamu, USM Pulau Pinang
Masa: 8.00 mlm - 11.00 mlm
Yuran: RM50 (seorang) / RM120 (berkumpulan 3 orang)

Seminar perniagaan fotografi perkahwinan akan memfokuskan tip-tips dan teknik pemasaran yang boleh digunakan untuk memasarkan servis fotografi perkahwinan.

Segala tip-tip dan teknik yang digunakan dan akan dibincangkan telah diguna sendiri oleh pengajar, iaitu Shah Othman. Teknik  tersebut juga telah terbukti berkesan sehingga beliau mampu mempunyai studio sendiri pada tahun 2010.

Apa yang akan anda pelajari?
- Tips dan teknik pemasaran online dan offline
- Tips memilih nama perniagaan
- Tips menghasilkan logo perniagaan yang akan diingati oleh pelanggan
- Teknik 'memujuk' pelanggan ketika sesi perbincangan
- Tips rahsia menentukan harga pakej
- Teknik soft-sale
- Tips sebelum berjumpa klien
- banyak lagi...

Kenapa anda perlu sertai?
Tahukah anda, 9/10 rezeki adalah dari perniagaan. Tetapi, tahukah anda, 9/10 perniagaan terpaksa gulung tikar selepas 3 tahun beroperasi? Tahukah anda, anda dapat mengubah nasib perniagaan anda menjadi lebih baik?

Anda tidak perlu sertai usahawan-usahawan fotografi perkahwinan lain yang terpaksa menutup perniagaan mereka selepas 3-5 tahun beroperasi. Anda perlu menjadi usahawan fotografi yang sentiasa mendapat panggilan telefon menawarkan tugasan kepada anda.

Sertai sekarang, hubungi 013-4324936 untuk mendaftar tempat anda. Terdapat teknik rahsia yang digunakan oleh pengajar sehingga menghasilkan permintaan yang konsisten. Teknik yang tidak memerlukan modal yang besar. Hanya perlu duduk dirumah, dan mendapat tawaran dari bakal pengantin untuk merakam detik indah mereka. Tanpa menggunakan orang tengah, walaupun pemilik butik pengantin.

Cara untuk menyertai:
Hubungi / sms 013-4324936
[Nama] [No. KP] [No. Tel] [SEMINAR]
Contoh: Mohd Syazwan 841102-08-5551 013-1234567 SEMINAR

Cara bayaran:
Masukkan RM50 / RM120 ke akaun Maybank 1571 3967 7279, Mohamad Ezrin Shah
SMS maklumat pembayaran beserta nama anda ke 013-4324936

Gambar-gambar sekitar seminar siri I






Anda tidak perlu berfikir lagi, kerana jika anda menunggu dan berfikir, tempat anda akan diambil orang. Seminar ini hanya terhad kepada 25 peserta sahaja. Penyertaan akan ditutup pada bila-bila masa. Bertindak SEGERA.

Artikel Berkaitan
Mengenali JomKelas.com
Buku Kaya Sebagai Fotografi Perkahwinan
__________________________________________________________
Akademi FotoLesson menjalankan kursus dan seminar fotografi di Utara Malaysia.
Segala maklumat yang terkandung didalam blog ini adalah betul dan segala kerugian di pihak yang menggunakan segala maklumat didalam blog ini adalah tanggungjawab sendiri.

Akademi FotoLesson aktif menjalankan kursus dan bengkel-bengkel fotografi di sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Utara Perak seperti Taiping dan Parit Buntar.

01 Mei 2012

Istilah Dalam Fotografi

Dalam entri kali ini, saya ingin kongsikan beberapa istilah yang terdapat dalam fotografi. Beberapa istilah yang perlu kita fahami supaya lebih mahir dalam fotografi. Seperti yang anda sedia maklum, terdapat beberapa istilah yang boleh ditukar ke bahasa Melayu. Tetapi penggunaan istilah bahasa Melayu tersebut kadang-kala akan mengelirukan seseorang.

Berikut saya kongsikan beberapa istilah yang digunakan dalam fotografi.

Macro: Mengambil gambar pada jarak dekat. Boleh membesarkan sehingga 10 kali ganda dari saiz asal.

Macro Lens : Lensa makro yang membolehkan jurufoto merakam sesuatu objek pada jarak dekat.

Medium Shoot : Juga disebut medium close-up. Panggilan yang biasa digunakan untuk mengambil gambar potret dari pinggang ke atas.

Metering : Meter penyukat cahaya. Terdapat tiga jenis semuanya. Cemter weight, evaluative/matrix dan spot.

Metering Center Weight : Menyukat sensitiviti cahaya menggunakan bahagian tengah pada ‘framing’.

Metering Evaluative/Matrix : Menyukat sensitiviti cahaya pada keseluruhan kawasan frame.

Metering Spot : Menyukat sensitiviti cahaya menggunakan satu titik pada bahagian tengah.

Microphotography : Istilah kepada fotografi yang menggunakankamera dengan peralatan mikroskop.

Optical Sharpness : Ketajaman optikal, iaitu ketajaman yang dihasilkan dari lensa yang berkualiti.

Out Of Focus : Terkeluar dari jarak fokus.

Overexposed : Terlebih cahaya. Biasanya merujuk kepada bahagian imej yang terlebih cerah sehingga menghilangkan detail.

Untuk lebih pemahaman, anda boleh mendapatkan buku fotografi dalam Bahasa Melayu yang akan dikeluarkan oleh PTS NetMedia, dikarang oleh tuan Hasnudin Abu Samah. Saya akan maklumkan apabila buku tersebut sudah diterbitkan kelak


Artikel Berkaitan
Sejarah Fotografi Kekal
Apa Yang Menjadikan Jurufoto Perkahwinan Hebat?

__________________________________________________________
Akademi FotoLesson menjalankan kursus dan seminar fotografi di Utara Malaysia.
Segala maklumat yang terkandung didalam blog ini adalah betul dan segala kerugian di pihak yang menggunakan segala maklumat didalam blog ini adalah tanggungjawab sendiri.

Akademi FotoLesson aktif menjalankan kursus dan bengkel-bengkel fotografi di sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Utara Perak seperti Taiping dan Parit Buntar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...